Friday, April 22, 2011

Pastry & Cakes

Final Pastry & Cakes( 19/04/2011)
Lecture Chef NOR ASMAWATI BT NOR DIN
org panggil dia Chef Asma

exam start pukul 9.30 pg sampai 2.30 ptg

group member aku dari kiri
jawe, aku. yana, yaya(mak)

Orange Sponge Cakes
ini lah yg aku buat cantik x hehe



Bahulu
buat sampai 2 kali sbb x rasa pahit mula2 buat..



Puding roti 
emmm rasa manis di tambah dgn sauce vanila 


Fruits tartlet
menarikan hehe


ini lah hasil dari exam ari 2 cantikan hehe


dari sudut kiri hehe


Aku bersama hasil exam selama 5 jam hehe


Jung member serumah heheh 
kek dia pun lawa hehe


kenangan bersama Chef Asma


budak2 kelas aku yg ambik exam pastry & cakes pada ari 2 hehe



aku lepas exam 
serabut x hehe

hehe 2 ja nak kongsi dgn hampa hehe
as salam..

Sunday, April 17, 2011

Menjadi CANTIK.

Semua org yg dilahirkan adalah cantik..jd gunalah nikmat yg ada dan bersyukur dgn apa yg ada..jgn lah guna untuk kesenangan kita ja. guna kan kecantikan untuk dapatkan harta kepuasan kenikmatan dan lain2.. perlukah???..sangup habis duit berjuta2 untuk jd cantik semata untuk kelihatan menarik kat muka dunia ni..seriuskah????


tpi berapa ramai org yg cantik akhlak? x ramai kan..aku pun xda la baik sangt tpi menyampah tgk org yg PERASAN cantik pas 2 tergedik2.. BENCI!!!!! mcm nak sepak2 je muka 2 dgn jari jemari yg aku ada ni...
sedar la kita ni manusia kecantikan kita 2 x lama. lambat laun tua jgk.. 


bersyukur la dgn apa yg ada, walau pun kita ni rasa kita ni x cantik jgn lah buat2 keja2 yg menyekutukan ALLAH. biar kita cantik di pandangan-Nya..baru hidup kita diberkati-Nya..kadang2 dgn senyuman dapat menimbulkan seri kecantikan 2..


BIAR MUKA X CANTIK OR X HENSEM JANJI BAIK PERANGAI!!!



biar pun dia binatang dia cantik di mata saya heheh

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

Friday, April 1, 2011

aduhai kata secantik rupa...

 indahnya malam tanpa pelita
sambil mendegar kelipan suria..
biar pun aku masih lagi gila
menantikan onak duri melanda
biar pun jiwa tiada rasa
akan ku jaga sepenuh masa
biar pun diri ku masih gelora 
tidak ku rebah di hujung nyawa

aduhai kata secantik rupa...

keluh lidah mematah kata..
kelak akan menjadi gembira,,
biarpun aku tidak suka,,
akan ku telan tidak terkira...
sudah nasib kita bersama..
bersama burung terbang kemana..
di dunia fana kita berada..
akhirat juga kekal selamanya...


tiada kata secantik bahasa.....

ingin ku puji adinda,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tuesday, March 15, 2011

Serius Kah!!!

hari2 mkn nasik tpi ramai orang x suka taik

hari2 pergi sekolah tpi ramai x suka aku lah

hari2 cakap sayang tpi ramai orang x suka sembahyang

hari2 nak pakai kosmetik tpi ramai orang x suka di kritik

hari2 main bola tpi ramai orang x suka jd gila

hari2 nak lawa tpi ramai orang x suka dia

hari2 cakap bohong tapi ramai orang kelentong

hari2 x mkn budu tpi ramai orang x budu (bodoh)

hari2 makan hati tpi ramai orang x mati 

hari2 balik lewat tapi ramai orang x reti mengelat

hari2 mkn puji tpi  ramai orang x reti mengaji 

hari2 naik moto tpi ramai yang main toto

hari2 nak begini tapi x ramai yang berdiri

so banyk2 la munasabah diri >.<


Monday, March 14, 2011

MY DREAM



I dream of you last night,
we both live together,
You & me we both mutually fascinated,
we're both really happy.

but it was just my dream,
I am aware of only a fantasy,
all it impossible for my own,
if I'm in the real world ..

I want to make your lover,
I proved myself right on this,
that I love you,
I will keep you up to the end of my life.....


Tuesday, March 1, 2011

The Broken Music..

kali ni aku nak cita pasal band aku lak...nama band aku The broken music..awat nama dia the broken music kenapa x the kaca man ka? ,plastik band ka? apam balik band ka? kenapa?kenapa? kenapa? sbb kami ni suka rosakn muzik yang dah elok..semua lagu yg kami main semuanya hancurrrr!! hehe xda pun yang elok hehe.. asal nama band ni putra tapir..nama mcm kurang ajar kan hehe so tukar la The Broken Music..nama ni adik aku yg bagi sedap kan hehe.boleh jilat2 lg hahah..


logo The Broken Music
new band new music



Anggota asal band ni ada 5 orang ja... semua nya laki xda pompuan k...lg 1 kami bukan gay na haha...
vokalis kami nur muhammad nama dia..dia ni minat superman FT faizal tahir kata nya hehe
guitar lead lak tenin..dia ni bukan wargasing tau..org kita jgk malaysia hehe. guitar kedua haikal adik aku da..no komen haha. Bass pulak hafiz budak giat mara katanya hehe..minat green konek haha..Drum aku lah budak yg x kacak lagi x ensem (sedar diri haha) BluuuUUr!!!

PeRtAmA


Nur Muhammad
vokalis bagi The broken Music
minat makan ais kacang
cendol dan lai chi kang


KeDua


Tenin Ishak
guitar utama The Broken Music
Warganegara Malaysia


KeTiGa


Haikal Zainon
Guitar rhythm The Broken Music
mana selipar ku?


KeEmPaT


Hafiz Ismail
bass The Broken Music
aku Makhluk hiJau


KeLiMa


Abdullah Harris
drummer The Broken Music
mana senduk aku ni?

Kami gemar bertukar aliran muzik dari pop ke metal, indie dan lain2..ini berikutan atas peredaran masa.. semua Muzik yang kami main akan berubah dari bentuk asal atas dasar2 pelingkup hehe...

latihan OnlY:


cinta gila cover by The bRoken Music
tak la bagus sangt tapi kami enjoy ja

alang2 menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan. hehe klu ada rezki insyaallah pergi jauh.. masing2 belajar masing2 kerja... as salam...





Monday, February 28, 2011

otak KaRAt...

boring boring boring haahah...hari2 makan maggi ja dah nek kurus aku (+ berat) hhahaha...otak pun dah jadi slow mcm maggi jgk haha...dah la banyk kerja nak wat..aduh malas la sapa nak tlg wat kat angkat tangan haha angkat tangan tngkap gambar pas 2 pos kat cini k hahah,,,



buat mcm ni ha(cara paksa haha)

hehe tlg la ye hehe bukan susah pun haha... x kira la mata sepek ka mata bulat ka leh ja tlg....merayu la pulak hehe...


the end
rock the room


Saturday, February 26, 2011

Hensem Tak Aku HAhaHAh


x ensem kan dia ni heheh



ini baru ensem kan heheh tol x ? thumb up haha





ni lag la hensem haha




e2 ja thnk for tgk hehehe >.<


Friday, January 28, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.