Saturday, December 4, 2010

khalifah di muka bumi

Khalifah - Khalifah


Lirik/Tajuk Lagu: Khalifah

Penyanyi/Artis: Khalifah



Maka lahirlah satu jiwa,

Satu nama khalifah dariNya...



Kemampuan semua insan

Angkatlah tangan perjuangkan

Jiwa kelam gelap hitam

Akan disuntikkan dengan jihad jalan kita



Kekuatan si khalifah bersertakan keyakinan

Perjuangan pasti menang akan ditunaikan

Walau putih tulang abu jadi debu

Walau putih tulang abu jadi debu



Bangun sedarlah daripada tidur itu

Marakan api janji dirimu

Racun tidak akan membunuh fikiranmu

Tapi hanyalah takdir dan waktu



Jasad terpisah dengan nyawa

Yang tinggal hanya nama dan amalan kita

Agar memang di tangan Esa

Dia penentu segala semua kehendakNya



Hanya takut pada Tuan yang empunya

Alam maya bukan milik kita
Hanya duduk sementara saja 
cuma nama itu milik kita





bila aku layan lagu ni dekat pulak diri aku kepada tuhan...lagu khalifah ni memang power la..berdakwah dalam lagu mcm nasyid lak hehe..apa2 pun lagu ni memng membawa unsur keinsafan 




"HANYA TAKUT PADA TUHAN YANG EMPUNYA
ALAM MAYA BUKAN MILIK KITA
HANYA DUDUK SEMENTARA SAJA
CUMA NAMA HANYA MILIK KITA"


cuba pikir2 renung2kan memang betul kita perlu takut pada tuhan ja sbb dialah yg mencipta kita..
alam maya ni pun bukan kita punya 
kita ni hanya hidup sementara ja kat dunia ni..
akhirat la tempat kita selamanya
bila kita mati hanya tinggal nama ja 


lupa pulak bila dah mati tinggal nama dgn hutang je hehe
klu ada hutang 2 cepat la langsaikan ok hehe

Thursday, November 18, 2010

Sistem ekonomi Islam adalah sesuai untuk semua umat manusia. Buktikan..

PENDAHULUAN

Dewasa ini masyarakat Islam Malaysia semakin peka dengan isu yang melibatkan permasalahan hukum dalam kehidupan harian. Peningkatan ini boleh dilihat dengan ketara melalui penglibatan persatuan-persatuan pengguna Islam yang membangkitkan isu-isu berkaitan. Selain itu keprihatinan masyarakat Islam dalam memilih produk berlogo halal juga boleh dijadikan kayu pengukur yang tersendiri. Dalam hal ini, kita boleh lihat pendirian Persatuan Pengguna Islam dalam berhadapan dengan isu kilang membuat mi di Pulau Pinang sedikit masa lalu. Hal ini telah memberi gambaran bahawa tahap kesedaran masyarakat Islam di Malaysia semakin meningkat hari demi hari.

Pada masa yang sama, produk kewangan Islam sudah mendapat tempat di hati pengguna sistem perbankan. Motto Bank Islam iaitu “Perbankan untuk semua” bukan hanya impian dan omongan kosong sahaja. Sudah acapkali kita terserempak dengan orang bukan Islam berurusan di kaunter-kaunter atau auto-teller machine (ATM). Malah peningkatan deposit dalam sektor kewangan Islam menjadi indikator penting membuktikan perbankan Islam semakin diterima umum.

Sistem ekonomi islam merupakan sistem ekonomi yang lahir daripada agama islam.Ekonomi Islam dikatakan sebagai penawar kepada masalah dunia sejagat yang berpunca dari kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis. Kedua-dua sistem ciptaan manusia itu gagal berlaku adil kepada hak awam (kapitalis) dan hak individu (sosialis). Bertunjangkan semangat keadilan yang berpandukan al-Quran dan Hadis jua dapat membawa manusia keluar dari kegelapan.

Ini kerana sistem ekonomi ini menggunaan sumber-sumber ciptaan allah s.w.t dengan cara yang cekap dan adil berlandaskan hukum-hukum syarak. Sistem ekonomi ini menentang amalan riba atau feadah kerana mempunyai unsur penindasan

الذيين ياكلون الربوا لا يقومون الا كما يقوم الذى يتخبطه الشيطان من المس ذالك بانهم قالوانما البيع مثل الربوا واحل الله البيع وحرم الربوا فمن جاءه موعظة من ربه فانتهى فله ما سلف وامره الى الله ومن عاد فاولئك اصحاب النار هم فيها خالدون- 275

Artinya orang- orang yang memakan riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan sedemikian adalah disebabkan mereka berkata, Sesunguhnya berjual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai larangan tuhan lalu terus berhenti dari mengambil riba maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan urusannya terserah kepada Allah, dan mereka yang kembali mengambil riba maka orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya.

Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi islam ialah Arab Saudi Dan Mesir. Malaysia merupakn pengamal system ekonomi campuran iaitu mengamalkan konsep kerajaan dan pengguna dapat menentukan harga yang ditetapkan dipasaran.

Ciri-ciri sistem ekonomi islam

Sumber ekonomi adalah dimiliki oleh allah  s.w.t, individu hanya merupakan pemegang amanah keatas sumber allah.Walaupun begitu inidividu mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekonomi dan kekayaan asalkan tidak melanggar hukum-hukum syarak.Jelaslah bahawa system ekonomi islam tidak saja terbuka untuk orang isalam sahaja.Ia juga boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat malah ia juga boleh di guna pakai oleh semua negara termasuk negara bukan islam itu sendiri...

Matlamat sistem ekonomi islam adalah untuk mancapai al-falah, iaitu mancapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Motif dalam sistem ekonomi islam, individu dalam masyarakat tidak mementingkan keuntungan semata-mata.apa yang lebih penting ialah kebajikan masyarakat seperti yang dijalankan oleh Bank Islam.

“Mempertahankan Persekitaran Hidup
Dalam menyokong dengan meningkatkan, melindungi dan memelihara alam sekitar, Bank terus spektrum yang luas dari usaha untuk mencapai kesan yang berterusan terhadap persekitaran kami beroperasi masuk

embarkasi Bank Dunia ke dalam berbagai inisiatif CR yang luar biasa dan program nasional sepanjang tahun-tahun ini telah diakui kedudukannya sebagai warga korporat yang bertanggung jawab foremostly selaras dengan keinginan Bank untuk mencapai CR nya tujuan dan visi menjadi "Global Pemimpin dalam perbankan Islam". 

Oleh sebab itu tidak hairanlah kenapa ramai orang yang bukan islam tidak merasa was-was dengan bank yang menggunakan sistem ekonomi ini.Atas dasar ketenangan dan kepercayaan telah terbukti bahawa sistem ekonomi yang digunakan adalah lebih berkesan berbanding sistem ekonomi kapitalis,komunis dan campuran..

Dalam sistem ekonomi islam juga, persaingan yang sihat diamalkan iaitu dengan cara yang adil dan saksama. Penindasan, makan riba, sorokan dan perkara-perkara yang diharamkan di dalam islam sama sekali dilarang dalam sistem ekonomi islam.

Sememangnya pembangunan sistem alternatif yang bebas riba amat bertepatan dengan amaran Allah S.W.T.: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278).

Kecelakaan riba ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan dalam satu hadis: “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim).

Demikianlah bahana riba yang dikategorikan sebagai dosa besar yang bukan sahaja diumpamakan seperti berzina dengan ibu kandung sendiri malah lebih parah lagi sehinggakan Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamalnya.

(DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI : 28/10/2007 Riba di sebalik caj perkhidmatan PTPTN Utusan harian muka surat 14)

Sistem ekonomi islam juga memberikan kebebasan dalam menjalankan sistem ekonomi seperti menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan, cara barang itu dikeluarkan, dan sebagainya asalkan tidak melangar hukum islam

Apa jenis barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? Dalam sistem ekonomi islam, individu dibenarkan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mendatang feadah kepada manusia contonya seperti kasut,rumah dan lain-lain. Dalam sistem ekonomi islam, barang yang tidak dibenarkan oleh islam tidak dibenarkan untuk dikeluarkan.contohnya pengeluaran arak,perjudian dan lain-lain.

Langkah kedua Berapa banyak barang dan perkhidmatan hendak dikeluarkan.Ini bermaksud Jumlah barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar bergantung kepada permintaan pasaran. Oleh itu, jumlah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh mekanisme harga Kadangkala kerajaan juga campur tangan dalam menjamin kestabilan ekonomi untuk mengelakan penindasan terhadap ketidakadilan.

Langkah ketiga adalah Bagaimana barang hendak dikeluarkan.ia merujuk kepada cara pembuatan barangan yang dihasilkan mengikut syariat islam atau tidak. Pengeluar akan menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap iaitu teknik pengeluaran yang dapat memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos. Pengeluar akan memilih sama ada mengunakan intensif buruh atau intensif modal yang dapat mencapai kecekapan paling tinggi dan berfeadah untuk masyarakat. Kerajaan boleh juga campur tangan dalam memastikan kegiatan ekonomi dijalankan dengan cekap dan tidak berlaku eksternaliti negetif seperti pencemaran dan kesesakan

Yang terakhir adalah Untuk siapa barang hendak dikeluarkan.Dalam sistem ekonomi islam
barang yang dihasilkan adalah untuk semua umat manusia. Tiada unsur perkauman dalam pemasaran brangan dan perkihmatan. Pengagihan barang dan perkhidmatan bergantung kepada agihan pendapatan dan kemampuan dalam masyarakat. Selain daripada itu kerajaan juga akan membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan mereka melalaui zakat. Dengan adanya zakat, pengagihan pendapatan dapat dilakukan secara adil



Keunikan ciri-ciri ekonomi islam
Keunikan sistem ekonomi islam ini adalah Sistem yang bukan ciptaan manusia.Yakni Sistem yang berasaskan syariat allah yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah. Hukum yang telah ditentukan oleh syariat tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun. Lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan.

Tujuan kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi yang dijalankan mengikut syarak diangap sebagai ibadat dan akan diberikan ganjaran di masa hadapan (syurga).Tujuan ekonomi islam tidak hanya terhad kepada mendapatkan kesejahteraan  di dunia malah juga di akhirat.Tujuan utama ekonomi islam adalah untuk memenuhi tuntutan ibadat.selain itu ia juga dapat memberikan faedah kepada manusia seperti hal kebajikan dan cukai.

Pemilikan harta
Individu boleh memiliki harta tetapi mereka hanyalah pemegang amanah allah. Harta dan kekayaan haruslah diagihkan dengan adil.Pemilikan secara individu sumber-sumber penting tidak dibenarkan agar semua masyarakat dapat menikmatinya.Mengimbangi  antara kepentingan alam dengan kepentingan masyarakat.contohnya AL-RAHN(pajak gadai islam) Al-Rahn merupakan satu lagi institusi ekonomi yang mengurus pertukaran kewangan
mengikut sistem ekonomi Islam. Institusi ini membantu masyarakat yang memerlukan
wang dengan memegang hartanya sebagai gadaian atau jaminan.
Pelanggan yang menggadaikan barangannya dengan tujuan mengambil wang tunai
bagi tujuan-tujuan tertentu tidak dikenakan bunga atau faedah, sebaliknya dikenakan
yuran keselamatan ke atas deposit barang yang disimpan. Sekiranya pendeposit tidak dapat menjelaskan hutangnya dalam tempoh yang
ditetapkan, hartanya tidak lesap begitu sahaja seperti yang berlaku pada pajak gadai
biasa. Sebaliknya harta itu dilelong dan dilangsaikan hutangnya. Manakala bakinya
diberi balik kepada orang yang menggadai itu.Oleh sebab yang demikian ramai orang yang bukan islam telah terbuka hati untuk memilih sistem gadaian al-rahn.





Kebebasan bersaing
Bebas menjalankan kegiatan ekonomi dan persaingan asalkan tidak melangar hukum-hukum syarak. Tidak menggalakkan wujudnya monopoli dalam mengerluarkan barang keperluan asas.Persaingan haruslah adil dan saksama. Amalan bunga atau riba ke atas peminjam adalah dilarang.seperti mana yang kita ketahui riba adalah sesuatu yang dilarang oleh allah. ini kerana amalan riba ini akan membuatkan golongan yang susah teranaya dari sudut fizikal dan metal.Dalam sistem ekonomi islam, pengguna bebas bersaiang bagi memasarkan barangn mereka.biarpun wujud persaiangn keredhaan allah adalah yang utama.

Perana pengguna dan pelabur
Penguna berhak memenuhi keperluan mereka selagi tidak meyalahi hukum syarak, sederhana,tidak membazir, dan tidak bermegah-megah.Pengeluar juga bebas mengeluarkan barangan asalkan dapat mendatangkan kebaikan.Masalah apa dan bagaimana barang dikeluarkan diselesaikan dengan harga pasaran. Namun barang yang hendak dikeluarkan hendaklah dibenarkan dalam islam.Masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan diselesaikan melalui kecekapan , iaitu melalui persaingan dikalangan pengeluar.Penyelesaian masalah siapa yang mendapatkan barang dan perkhidmatan diselesaikan melalui zakat.Barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh individu akan dikeluarkan oleh kerajaan

KESIMPULAN
Terbuktilah bahawa sistem ekonomi islam ini boleh diterima pakai oleh semua manusia di dunia. Ini kerana ramai yang telah tahu tentang institusi kewanagn islam termasuklah orang yang bukan islam. Demikian  juga ramai yang telah tahu bahawa prinsip bank ada tersebut di dalam al-quran dan hadith.Ia juga mengerakan kemajuan islam dalam semua bidang termasuklah institusi tradisional iaitu Baitul Mal dan juga institusi moden seperti bank dan sebagainya

Thursday, October 7, 2010

Menyingkap Komplot Israel Dengan Iran Dan Amerika Dengan Iran

Menyingkap Komplot Israel Dengan Iran Dan Amerika Dengan Iran
Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan.
 
Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`ah Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai’immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: "Sesungguhnya Ibn Saba’ ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali." Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi.

Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba’ lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba’ lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Oleh itu kita tidak merasa hairan terhadap kerjasama antara Yahudi dan Iran dari segi bantuan dan persenjataan. Di sini kami kemukakan beberapa contoh kerjasama itu:

Syimitiz dari syarikat Balijiah (BRB) pada 2 Januari 1985 telah mendedahkan penjualan senjata Israel kepada Iran yang dianggarkan sebanyak 164 bilion dollar US dengan pertukaran minyak Iran.

Pada bulan Disember 1980 majalah berbahasa Perancis PBD telah mendedahkan bahawa sejak awal peperangan Iran-Iraq lagi Iran menerima senjata Israel. Akhbar al-Ra’y al-Am juga mendedahkan kenyataan ini ekoran meletupnya kapal terbang Argentina yang membawa senjata dari Tel Aviv ke Tehran melalui Qabras.

Akhbar al-Ra’y bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab".

Sumber maklumat Perancis menegaskan sejumlah Yahudi Iran memasuki Palestin melalui Viena dengan nisbah 600 orang Yahudi setiap minggu. Dianggarkan bilangan Yahudi yang berpindah ke Amerika dan Palestin melalui Norway seramai 9000 sejak tahun 1983.

Simon Peres mempertahankan penjualan senjata Israel kepada Iran dan menyatakan bahawa Iraq lebih berbahaya daripada Iran.

Sekumpulan pegawai senjata udara Israel telah mengadakan kontrak dengan Tehran dengan gaji yang mencecah 10 000 dolar Amerika bagi setiap orang melalui Namrudi, pedagang senjata Yahudi yang merupakan atase tentara Yahudi di Tehran.

Pada 14 Febuari 1983, iaitu pada hari peringatan Khomeini mengambil alih pemerintahan, telah berlaku pertemuan yang mesra dan saling bertukar kucupan antara Rasfenjani dan rabai Yahudi Auril Davivy di bangunan majlis Syura. Rabai itu berkata: "Doktor-doktor dan tentera kita sekarang ini berada di barisan hadapan peperangan. Castro Nafin telah dipilih menjadi perwakilan Yahudi di Majlis Syura Iran. Dia menyatakan terima kasih kepada Iran sebagai mengingati kerjasama Parsi dan Yahudi di sepanjang sejarah.

Yahudi-yahudi Iran telah mendermakan 70 bilion riyal untuk kepentingan peperangan dengan Iraq.
Amerika dan Iran


Walaupun permusuhan yang dItunjukkan oleh Iran terhadap Amerika yang disifatkannya sebagai syaitan besar namun di sana ada hubungan yang erat dan mendalam antara Amerika dengan pemimpin-pemimpin Syi`ah sejak tahun 40-an lagi.

Di sana ada beberapa janji lama Amerika kepada mereka untuk mendirikan negara Syi`ah. Perjanjian-perjanjian ini diperbaharui ketika krisis Teluk yang terakhir kerana Amerika merasakan apabila tertegaknya sebuah negara Islam untuk Ahli Sunnah di salah sebuah negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria atau Iraq maka pasti pertubuhan-pertubuhan lain akan menyertainya. Ini akan mewujudkan bahaya besar terhadap Barat dan Israel. Justeru itu, menjadi kepentingan Amerika dan Israel untuk mendirikan Negara Syi`ah yang taksub seperti Iran untuk merealisasikan beberapa matlamat strategik untuk mereka dan juga Israel, antaranya ialah:

Mencurah sehabis-habisnya tenaga manusia dan material dalam siri peperangan antara Sunni dan Syi`ah sebagaimana yang berlaku antara Iran dan Iraq.

Menjadikan rantau Timur Tengah sebagai sumber utama industri senjata Amerika melalui peperangan-peperangan ini.

Menghalang penubuhan Negara Islam Sunni yang bersifat antarabangsa.

Mendorong Ahli Sunnah menyibukkan diri dengan Syi`ah supaya kedua-dua pihak mengabaikan kewujudan Yahudi di Palestin.

Menguasai sumber-sumber tenaga serantau seperti minyak dan lain-lain.

Memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat umum tentang ketaksuban dan perpecahan orang-orang Islam. Dengan itu mereka dapat menghalang manusia dari jalan Allah. Di samping itu bagi memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam.

Antara bentuk-bentuk kerjasama antara Amerika dan Iran ialah berita yang dilaporkan oleh Agensi Berita Perancis tentang kapal terbang senjata Amerika yang tiba di Tehran pada 14 September 1985. Amerika juga menghantar serangan roket-roket Hawk dari bumi ke bumi dalam tempoh yang sama. Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini sendiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran.

Walaupun wujudnya tekanan luaran antara Iran dan Amerika namun Iran merupakan sumber kedua terbesar minyak bagi Amerika sebagai balasan kepada bantuan Amerika yang mengantikan kemusnahan yang dilakukan oleh Iraq.

Oleh itu kita tidak menafikan wujudnya skandal-skandal yang berlaku seperti Irangate yang mendedahkan kerjasama persenjataan dan strategi antara Iran dan Amerika.
Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.


Dibawah ini adalah antara kebaikan dan khasiat asam jawa untuk di kongsi bersama.


DEMAM PANASBagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat.


SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.


SAKIT ASMABagi yang sakit asma pula, rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.


BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.


ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 gulung buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.


BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.


Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.


Jika keadaan masih tidak reda juga, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

asam jawa baik untuk kesihatan

baik untuk kesihatan kot hehe best haha